Menu

VR360

SYURGA BANDAR MAMPU MILIK ANDA

Temui gaya hidup moden yang terbaik di lokasi sentral Kwasa Damansara. Residensi D’Nuri menawarkan gabungan ideal antara kemampuan, kemudahan, dan reka bentuk kontemporari - semuanya di satu lokasi utama.

Cadangan pembangunan pangsapuri servis ini merangkumi 492 unit dan 29 tingkat, yang terletak secara strategik dalam zon pembangunan berorientasikan pengangkutan (TOD: Transit-Oriented Development). Setiap unit menawarkan keluasan binaan 550 kaki persegi, dengan dua bilik tidur, satu bilik air, ruang tamu dan makan, dapur kecil, dan laman. Direka untuk memenuhi permintaan perumahan bandar, projek ini bertujuan menyediakan penyelesaian kehidupan yang mampu milik dan efisien tanpa menjejaskan fungsi dan keselesaan.

Ketenangan Mampu Milik Untuk Semua

Di Residensi D’Nuri, kami percaya bahawa pengalaman hidup moden dan berkualiti tinggi harus boleh dilakses oleh semua. Pangsapuri servis kami direka dengan penggunaan ruang yang bijak dan ditawarkan pada harga mampu milik tanpa menjejaskan gaya, fungsi atau lokasi. Sama ada anda seorang profesional muda, keluarga yang sedang berkembang, atau pelabur, Residensi D’Nuri adalah pilihan ideal untuk kehidupan pintar.

Syarat Kelayakan Permohanan Kediaman Komersial Dan Boutique Office Mampu Milik

Pemohon dan pasangan merupakan warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas;

The applicant and their spouse must be Malaysian citizens aged 18 years and above;

Pendapatan isi rumah hingga RM15,000 sebulan dengan keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang berpendapatan di bawah RM10,000.00;

Household income of up to RM15,000 per month, with priority given to applicants with an income below RM10,000.00.

Pemohon hanya dibenarkan memiliki satu (1) unit sahaja sama ada Pangsapuri Kediaman Komersial / Boutique Office Mampu Milik yang ditawarkan oleh LPHS;

Applicants are only allowed to own one (1) unit only, either a Commercial Residential Apartment or an Affordable Boutique Office offered by LPHS;

Pemohon bagi Pangsapuri Kediaman Komersial / Boutique Office Mampu Milik akan diberikan keutamaan kepada usahawan muda yang berumur tidak melebihi umur 40 tahun;

Applicants for the Commercial Residential Apartment / Affordable Boutique Office will be given priority if they are young entrepreneurs aged not more than 40 years;

Pemohonan pindah milik hanya dibenarkan selapas 5 tahun dari Perjanjian Jual Beli (Sale and Purchase Agreement) dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri;

Transfer of ownership is only allowed after 5 years from the date of the Sale and Purchase Agreement, with approval from the State Authority;

Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun. Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih SENARAI MENUNGGU akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon Rumah Selangorku.

The validity period for each registered application is 2 years. After this period, application data that is still in the WAITING LIST will be removed from the system, and applicants will need to submit a new application if they are still interested in applying for Rumah Selangorku.